Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin
menceritakan tentang penggunaan WiFi Extender atau WiFi Repeaters dan juga WiFi
Bridging. Konsep ini saya buat sendiri mengikut pengalaman dan pengetahuan saya
dan tuan puan berhak untuk menilai dan membuat judgment anda sendiri. Apa yang
saya ingin kongsikan ini hanyalah pendapat saya, dan mungkin benda yang saya
ingin kongsi ini ada improvement dari site lain atau ilmu lain wallahualam…
Konsep WiFi
Repeaters
Secara konsepnya WiFi
Extender ini dan juga WiFi Bridging ini adalah sama iaitu digunakan untuk
meluaskan coverage area signal tetapi dengan cara yang berbeza. Gambarajah
berikut adalah untuk WiFi Extender.
Gambarajah diatas
adalah untuk extender wifi, ini merujuk kepada buiding yang sama. Nampak macam
simple kan? Tetapi tuan puan harus ingat dimana gelombang boleh dipantul dan
diserap mengikut persekitaran semasa. Walaupun ianya boleh ditingkatkan tetapi
harus diingat bahawa signal tidak semestinya dapat memenuhi ruang yang kita
perlukan. WiFi Extender boleh digunakan untuk meningkatkan signal samada untuk
bangunan yang sama atau ruang lapang seperti ditepi padang sekitar bangunan “main
WiFi”. Lihat gambarajah dibawah.
Gambarajah diatas
menerangkan konsep Wifi extender dimana bagi tujuan untuk kawasan padang
contohnya konsep ini boleh digunapakai kerana :
1.
Dipadang
tiada keperluan untuk penggunaan wifi kecuali persekitaran tepi padang.
2. Dipadang
juga biasanya merupakan kawasan lapang yang tidak mempunyai kawasan langsung
untuk penyimpanan peralatan network seperti switching rack. Biasanya hanya satu
tiang disediakan dengan penyediaan power soket untuk WiFi Extender tersebut.
Kelemahan :
Kelemahan Wifi Extender ini ada dua
bagi saya :
1.
WiFi
Extender biasanya menggunakan SSID yang sama dan juga hanya 1 Vlan. User maximum adalah 254 user Class C Network.
2.
Coverage
Area tidak mampu untuk menyeluruh memandangkan hanya 254 User yang support bagi
setiap extender. (Bergantung kepada design yang tuan puan buat)
Konsep WiFi Bridging
WiFi Bridging ini konsepnya hampir
sama dengan konsep extender tetapi ianya berbeza dari segi design dan antenna
dimana antenna untuk WiFi extender adalah jenis Omni-directional manakala WiFi
Bridging biasanya menggunakan antenna bi-directional. Kedua-dua jenis konsep
ini digunakan untuk extend signal tetapi dengan design yang berbeza.
Seperti yang kita lihat diatas, wifi
extender digunakan untuk kawasan lapang tetapi untuk menghubungkan wifi antara
2 building bagi saya anda memerlukan konsep bridging yang lebih effective.
Konsep diatas adalah konsep bridging
dimana 2 building ini dihubungkan dengan WiFi antenna dan seterusnya
dihubungkan kepada satu switches dan diedarkan kepada Access point bagi
keseluruhan building tersebut. Dengan cara ini keseluruhan bangunan akan
menerima coverage wifi dan ini lebih effective untuk covering keseluruhan
kawasan bangunan.
Selain itu konsep
bridging ini juga boleh dilakukan dengan kaedah seperti ini, melalui tower atau
tempat tinggi kepada bangunan bangunan yang lebih jauh.
Terdapat beberapa lagi
design yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian environment anda tetapi harus
diingat tentang kekangan-kekangan lain yang ada pada wifi. Dengan memahami
konsep WiFi Extender dan Bridging ini anda dapat membuat keputusan yang lebih
tepat dalam usaha untuk menentukan design terbaik di tempat anda.
Apa yang dikongsi ini
adalah berdasarkan pendapat, pengetahuan dan pengalaman saya dalam berurusan
dengan WiFi selama 13 tahun dan sesungguhnya masih terdapat kelemahan dalam
diri saya. Namun apa yang dikongsi ini adalah bertujuan untuk member pendedahan
asas WiFi supaya anda boleh mendapat idea untuk membantu kerja-kerja anda
berkaitan dengan wifi nanti.
Disediakan oleh :
Khairil Anwar Bin Ahmad Kasim
(Pakar Industri Negara : Telekomunikasi)
(Pakar Industri Negara : Telekomunikasi)
(Al Fatih Solution)
#COMPTia A+
#CISCO WIFI
#IC3 - 1CitiZen Trainers
#CCNA
#Penetration Testing & Ethical Hacking
#COMPTia A+
#CISCO WIFI
#IC3 - 1CitiZen Trainers
#CCNA
#Penetration Testing & Ethical Hacking