Tuesday 8 September 2015

PERANAN CYBER TROOPERS & KEYBOARD WARRIOR YANG BERETIKA

~Pemangkin kepada netizen yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.~


IPOH – Satu kursus pendek berkenaan dengan peranan “cyber troopers” dan "Keyboard Warrior" telah dianjurkan oleh JKKK Kg Temiang, K-Perak bersama Syarikat Al-Fatih Solution untuk masyarakat kampung Temiang dan sekitarnya tentang kesedaran berkaitan Keyboard Warrior dan "Cyber Troopers" didalam dunia "Cyberwar" yang begitu meriah dewasa ini. Program ini di anjurkan di Dewan Orang Ramai Kg Temiang, Ipoh dan dengan penglibatan seramai hampir 40 orang peserta  dan program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, Yang Berbahagia Dato’Hj. Mohd Raduan Bin Mohd Kasim.


Hj Mohd Tahiruddin Bin Hj. Hussin
Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Kg. Temiang, 

                Menurut daripada Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Kg. Temiang, Hj Mohd Tahiruddin Bin Hj. Hussin,  “Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran warga Kampung Temiang dan kampung-kampung sekitar tentang kepenggunaan media sosial ke arah yang lebih efektif dan beretika bagi "cyber trooper" dan "keyboard warrior" agar sentiasa bersiap siaga dalam mengendali setiap isu-isu sensitif didalam cyberwar.” Beliau menyatakan sempena majlis perasmian Kursus Asas ICT (Etika dalam pengendalian "Cyberwar", "Cyber Troopers" dan "Keyboard Warrior"), masyarakat kini harus peka dalam pelbagai isu memandangkan viral – viral yang dipamerkan dilaman sosial terlalu banyak dan tidak masuk akal. Tabiat berkongsi maklumat tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui kesahihan maklumat tersebut boleh mengundang kecelaruan bagi masyarakat Netizen seluruh Negara dan ini boleh menyebabkan rakyat akan terus keliru akibat dari limpahan maklumat ("information overload") didunia maya yang tidak terbatas ini. Menurutnya lagi, beliau dan ahli-ahli JKKK yang lain akan cuba meneruskan program-program seperti ini untuk komuniti kampung bagi memastikan setiap lapisan masyarakat kampung tersebut celik IT dan menggunakan kemudahan IT yang diberikan oleh kerajaan dengan berhemah.


Khairil Anwar B Ahmad Kasim
Trainer Syarikat Al Fatih solution

Selain dari itu, wakil dari syarikat Al Fatih solution dan selaku Trainer bagi kursus kali ini, Khairil Anwar B Ahmad Kasim turut memberitahu bahawa ,“Dengan adanya kursus seperti ini, maka warga netizen terutama para penduduk Kampung Temiang dan kampung-kampung sekitar yang terlibat dengan media sosial akan lebih berhati-hati dalam membalas tomahan-tomahan yang tidak berasas dengan hujah-hujah yang tepat secara beretika dan baik. Ini secara tidak langsung akan melambangkan identiti masyarakat Malaysia yang sebenarnya.”

Beliau juga menyambung bahawa pihak beliau akan terus bekerjasama dengan K-Perak bagi memastikan semua masyarakat dipelusuk negeri Perak akan dididik dengan etika-etika yang baik dalam dunia maya ini supaya masyarakat Perak lebih celik IT dan terus bertindak bijak dalam dunia maya ini.


Gambar 1
Bergambar bersama Ybhg. Dato' Hj Mohd Raduan B Hj Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, bersama Wakil K-Perak dan JKKK Kg Temiang 


Gambar 2
Bergambar bersama Ybhg. Dato' Hj Mohd Raduan B Hj Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, bersama Wakil K-Perak dan JKKK Kg Temiang 


Gambar 3
Bergambar bersama para peserta Kursus Asas ICT anjuran K-Perak, JKKK Kg Temiang dan Al fatih Solution



Sunday 31 May 2015


Alhamdulillah al-Fatih Solution akan mengadakan satu kursus berkaitan dengan Etika Cyber War (CW), Cyber Trooper (CT) dan Keyboard War (KW) yang mana ianya membincangkan tentang Apakah CW,CT dan KW, kesannya terhadap dunia IT dan masyarakat, apakah etika yang perlu ada dalam membuat wall posting, bagaimana kita melawan kembali KW dengan fakta dan ilmu, dimanakah sumber-sumber yang boleh dibuat sebagai sumber rujukan, link sumber rujukan, dan wall posting atau serang balas komen secara berhemah, ilmiah dan mengikut kaedah dan syariat Islam.

Program ini akan berlangsung selama 2 hari, dan sesiapa yang ingin menganjurkan kursus seperti ini atau sebarang kursus IT mengikut keperluan anda, anda boleh menghubungi di talian :

013 - 9819331
Khairil 
(Founder Al-Fatih Solution)

atau FB kami :


Sekian Terima Kasih....

Tuesday 3 March 2015

Google Shortcut

Disini kami ingin berkongsi dengan tuan puan tentang beberapa trik pada google pages,

1. Penggunaan Lambang (~)

Lambang ini digunakan untuk membawa terus kepada carian yang tepat. contoh :

2. Definition
Penggunaan definition ini membolehkan kita terus mencapai kepada definasi yang kita perlukan, contoh :
3. Web specification
dengan menggunakan shortcut ini pengguna dapat access terus kepada laman tersebut dengan perkara  yang dikehendaki oleh para pengguna. contoh :


4. Format Specific
Format specific memboleh para pengguna memilih format yang mereka perlukan didalam carian mereka seperti mp3,avi dan lain-lain. Didalam kes ini kami menggunakan contoh pdf.

5. Laman berkaitan "related".
kita boleh melakukan carian terus ke laman web berkaitan dengan menggunakan related:<laman web>. Contoh anda boleh lihat disini.

6. Carian tepat.
dengan menggunakan shortcut dalam kurungan ("") anda boleh terus melakukan carian tepat kepada perkataan yang anda cari tersebut. Contoh :

7. Google scholar
Biasanya google scholar ini digunakan oleh penyelidik, pendidik dan juga pelajar untuk mencari-bahan ilmiah terus kedalam server Google. Google scholar biasanya akan membawa anda terus kepada laman-laman berbentuk ilmiah atau memaparkan segala maklumat yang berkaitan seperti journal dan lain-lain.



Sekian ilmu yang ingin dikongsi oleh kami, InsyaAllah dilain masa kami akan berkongsi lagi ilmu-ilmu yang kami ada untuk kita sama-sama belajar... Mohon like FB kami... Click pada gambar dibawah... Terima Kasih.

https://www.facebook.com/alfatihsolutions?fref=ts




Monday 2 March 2015

Print Screen semudah ABC

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini penulis tertarik dengan sebuah tajuk dari blog seorang rakan blogger penulis di laman blog ini : http://www.blogparihh.com/2015/02/2-kaedah-mudah-screenshot-desktop.html yang berkongsi tentang bagaimana cara mudah untuk membuat screen shot ataupun print screen.

Bagi mempelbagaikan cara kami di Al-Fatih Solution ingin berkongsi lagi satu cara bagi memudahkan screen shot dilakukan di Komputer Anda iaitu dengan menggunakan Snipping Tools. 

Cari Icon Snipping Tool seperti ini 




Kemudian anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda apa yang anda hendak capture :

  • Free-form Snip.  Draw a free-form shape around an object.
  • Rectangular Snip.  Drag the cursor around an object to form a rectangle.
  • Window Snip.  Select a window, such as a browser window or dialog box, that you want to capture.
  • Full-screen Snip.  Capture the entire screen.
Setelah anda select mengikut keperluan anda kemudian savekan...  Selesai...
Harap ilmu yang sedikit ini mendapat banyak manafaat untuk orang ramai..

Sekian Terima Kasih