Tuesday 8 September 2015

PERANAN CYBER TROOPERS & KEYBOARD WARRIOR YANG BERETIKA

~Pemangkin kepada netizen yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.~


IPOH – Satu kursus pendek berkenaan dengan peranan “cyber troopers” dan "Keyboard Warrior" telah dianjurkan oleh JKKK Kg Temiang, K-Perak bersama Syarikat Al-Fatih Solution untuk masyarakat kampung Temiang dan sekitarnya tentang kesedaran berkaitan Keyboard Warrior dan "Cyber Troopers" didalam dunia "Cyberwar" yang begitu meriah dewasa ini. Program ini di anjurkan di Dewan Orang Ramai Kg Temiang, Ipoh dan dengan penglibatan seramai hampir 40 orang peserta  dan program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, Yang Berbahagia Dato’Hj. Mohd Raduan Bin Mohd Kasim.


Hj Mohd Tahiruddin Bin Hj. Hussin
Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Kg. Temiang, 

                Menurut daripada Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Kg. Temiang, Hj Mohd Tahiruddin Bin Hj. Hussin,  “Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran warga Kampung Temiang dan kampung-kampung sekitar tentang kepenggunaan media sosial ke arah yang lebih efektif dan beretika bagi "cyber trooper" dan "keyboard warrior" agar sentiasa bersiap siaga dalam mengendali setiap isu-isu sensitif didalam cyberwar.” Beliau menyatakan sempena majlis perasmian Kursus Asas ICT (Etika dalam pengendalian "Cyberwar", "Cyber Troopers" dan "Keyboard Warrior"), masyarakat kini harus peka dalam pelbagai isu memandangkan viral – viral yang dipamerkan dilaman sosial terlalu banyak dan tidak masuk akal. Tabiat berkongsi maklumat tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui kesahihan maklumat tersebut boleh mengundang kecelaruan bagi masyarakat Netizen seluruh Negara dan ini boleh menyebabkan rakyat akan terus keliru akibat dari limpahan maklumat ("information overload") didunia maya yang tidak terbatas ini. Menurutnya lagi, beliau dan ahli-ahli JKKK yang lain akan cuba meneruskan program-program seperti ini untuk komuniti kampung bagi memastikan setiap lapisan masyarakat kampung tersebut celik IT dan menggunakan kemudahan IT yang diberikan oleh kerajaan dengan berhemah.


Khairil Anwar B Ahmad Kasim
Trainer Syarikat Al Fatih solution

Selain dari itu, wakil dari syarikat Al Fatih solution dan selaku Trainer bagi kursus kali ini, Khairil Anwar B Ahmad Kasim turut memberitahu bahawa ,“Dengan adanya kursus seperti ini, maka warga netizen terutama para penduduk Kampung Temiang dan kampung-kampung sekitar yang terlibat dengan media sosial akan lebih berhati-hati dalam membalas tomahan-tomahan yang tidak berasas dengan hujah-hujah yang tepat secara beretika dan baik. Ini secara tidak langsung akan melambangkan identiti masyarakat Malaysia yang sebenarnya.”

Beliau juga menyambung bahawa pihak beliau akan terus bekerjasama dengan K-Perak bagi memastikan semua masyarakat dipelusuk negeri Perak akan dididik dengan etika-etika yang baik dalam dunia maya ini supaya masyarakat Perak lebih celik IT dan terus bertindak bijak dalam dunia maya ini.


Gambar 1
Bergambar bersama Ybhg. Dato' Hj Mohd Raduan B Hj Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, bersama Wakil K-Perak dan JKKK Kg Temiang 


Gambar 2
Bergambar bersama Ybhg. Dato' Hj Mohd Raduan B Hj Mohd Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur merangkap Ahli Mailis DBI, bersama Wakil K-Perak dan JKKK Kg Temiang 


Gambar 3
Bergambar bersama para peserta Kursus Asas ICT anjuran K-Perak, JKKK Kg Temiang dan Al fatih Solution



1 comment:

  1. Teruskan usaha untuk mendidik masyarakat terutama GenY beretika dan bermaklumat dalam berlawan atau menjawab isu2 atau artikel yang diajukan atau dilontar didalam CYBER....

    ReplyDelete