Saturday 8 November 2014

APIPA

Perkongsian Ilmu

Anda tahu apa itu APIPA? Anda pernah lihat x ip yang ditulis dengan 169.172 ? Itu lah Automatic Private IP Address atau APIPA.

Seperti yang kita ketahui IP address terutamanya utk Streamyx adalah 192.168 dan IP ini bergantung kepada DHCP Server kita itu sendiri. Tidak semestinya ianya harus 192.168 tetapi ia boleh menjadi pelbagai IP bergantung kepada Ketetapan kita kepada DHCP tersebut.

OKey, bagi perkongsian ilmu kali ini, kami ingin menunjukan bagaimana kami mengesan punca APIPA yang berlaku di sebuah Makmal Komputer. Mereka menggunakan sebuah DHCP SERVER, Router dan Switches dan IP mereka bukanlah 192.168 tetapi Class A IP Address.

Berikut adalah kerja-kerja yang kami lakukan sepanjang kami melakukan tracing for APIPA.

Masalah : APIPA 169.172
IP Sebenar : 10.XX.XX.XX

Penyesaian :

Kami mendapati local area connection menjadi duplicate

Berikut adalah cara menyelesaikan duplicate network :

  • Regedit
  • Tekan yes
  • “HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\tcpip6\parameters” kemudian “Disabled Component” = dword: ffffff
  • Klu Disabled Component tu tiada, buat satu
  • Pergi CMD – right click Administrator
  • Type dalam cmd tersebut netsh interface tcp set global rss=disabled
  • Kemudian netsh interface tcp set autotuninglevel=disabled
  • Ok dan restart
Kemudian pergi Services.msc cari IdString-properties-startup fight-disable

Restart

Sepatutnya duplicate network akan hilang kerana IPV6 sudah disable.

Malangnya APIPA masih berlaku, Suspect switch. Reconfigure switch Cisco. VLAN 206, 211 & 212 dimasukan, ip management sudah diconfigure, vlan semua aktif.

Trace configuration semua OK.

Trace sh cdp nei :
Result :


Didapati terdapat looping antara switch. WGP110 berada dibawah sekali dan sepatutnya hanya satu neighbor sahaja iaitu WGP93-L1Rack1D_D1. Oleh kerana looping berlaku kami dapati WGP92 berada pada port mode access fa0/30. Kami cabut patch cord fa0/30 pada WGP110 dan refresh pada semua pc yang bersambung kepada switch WGP110, IP kembali normal seperti biasa.

Berikut adalah apa yang harus ditunjukkan yang sebenarnya, lihat pada kotak berwarna merah :


Masalah selesai dan pulih seperti sedia kala...

Sebarang Pertanyaan boleh lah direct ke FB kami iaitu : 


Pertanyaan hanya akan dijawab di Commenter FB Alfatih Solution sahaja.

Mohon like sekali Terima Kasih...

...................................................................................................................................................................




Tuesday 4 November 2014

Troubleshooting Network

MASALAH : PEMERIKSAAN SAMBUNGAN CABLING NETWORK, NETWORK TIDAK BERFUNGSI

PENYELESAIAN :
Network tidak berfungsi atau dengan istilah lain tiada blinking light disebabkan oleh banyak perkara. Perkara yang biasanya harus kita lakukan adalah dengan melihat icon network pada penjuru belah kiri monitor kita. Biasanya akan bertanda pangkah. Keadaan seperti ini biasanya adalah disebabkan oleh network disable, cabling faulty ataupun disebabkan oleh port switch mengalami masalah.

Berikut adalah gambar-gambar disekitar site :
 




Cara pertama yang kami lakukan adalah mengenal pasti samada network disable disebabkan oleh setting atau network card faulty. Cara untuk mengenalpasti adalah dengan menekan network icon dipenjuru kanan bawah monitor anda dan select “Open Network and Sharing Center” – “Change Adapter Setting” dan pastikan network card anda unplugged atau disable. Kalau disable just enable kan kembali network adapter anda. Kalau unplugged sila lihat langkah seterusnya. 



 Melihat network adapter unplugged atau tidak.

Untuk memastikan port network pada pc ok, loopback cable adalah diperlukan. Mesti anda masih ingt dengan loopback cable ini kan.. Tidak mengapa, kami akan menunjukkan kembali bagaimana sambungan loopback cable ini.

Sambungan loopback cable

Port Network tidak berfungsi. Tiada Light Blinking.

Penggunaan Loopback cable dan mendapati ada light blinking. 


Ini menunjukkan network card pada PC tiada masalah.  Dan berkemungkinan masalah pada patch cord cable, RJ-45 Jack, UTP Cable, sambungan patch panel atau port switch.

Perhatikan pada patch cord 30-105 pada switch port 9. Tiada blinking light.

Tester digunakan untuk memastikan punca masalah. 




Perhatikan sambungan diatas. Ini adalah basic connection bagi sesebuah network dan sambungan kepada Network Tester adalah di bahagian 3 dan 1. Sekiranya sambungan yang ditunjukkan didalam tester menunjukkan semua sambungan bersambung dengan baik maka perlu diperhatikan adalah pada no 1 iaitu switch kerana switch port mungkin mengalami masalah.
 

 
 Kami alihkan patch cord port no 9 tadi kepada port no 22 dan kami dapati light blinking seperti biasa. Ini menunjukkan bahawa port 9 tadi beanr-benar mengalami masalah dan port tersebut dibuat description sebagai port rosak didalam description port fa0/9 switch.

TERIMA KASIH


  ________________________________________________________________________________