Perkongsian Ilmu
Anda tahu apa itu APIPA? Anda pernah lihat x ip yang ditulis dengan 169.172 ? Itu lah Automatic Private IP Address atau APIPA.
Seperti yang kita ketahui IP address terutamanya utk Streamyx adalah 192.168 dan IP ini bergantung kepada DHCP Server kita itu sendiri. Tidak semestinya ianya harus 192.168 tetapi ia boleh menjadi pelbagai IP bergantung kepada Ketetapan kita kepada DHCP tersebut.
OKey, bagi perkongsian ilmu kali ini, kami ingin menunjukan bagaimana kami mengesan punca APIPA yang berlaku di sebuah Makmal Komputer. Mereka menggunakan sebuah DHCP SERVER, Router dan Switches dan IP mereka bukanlah 192.168 tetapi Class A IP Address.
Berikut adalah kerja-kerja yang kami lakukan sepanjang kami melakukan tracing for APIPA.
Masalah : APIPA 169.172
IP Sebenar : 10.XX.XX.XX
Kami mendapati local area connection menjadi duplicate
Berikut adalah cara menyelesaikan duplicate network :
- Regedit
- Tekan yes
- “HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\tcpip6\parameters” kemudian “Disabled Component” = dword: ffffff
- Klu Disabled Component tu tiada, buat satu
- Pergi CMD – right click Administrator
- Type dalam cmd tersebut netsh interface tcp set global rss=disabled
- Kemudian netsh interface tcp set autotuninglevel=disabled
- Ok dan restart
Restart
Sepatutnya duplicate network akan hilang kerana IPV6 sudah disable.
Malangnya APIPA masih berlaku, Suspect switch. Reconfigure switch Cisco. VLAN 206, 211 & 212 dimasukan, ip management sudah diconfigure, vlan semua aktif.
Trace configuration semua OK.
Trace sh cdp nei :
Result :
Didapati terdapat looping antara switch. WGP110 berada dibawah sekali dan sepatutnya hanya satu neighbor sahaja iaitu WGP93-L1Rack1D_D1. Oleh kerana looping berlaku kami dapati WGP92 berada pada port mode access fa0/30. Kami cabut patch cord fa0/30 pada WGP110 dan refresh pada semua pc yang bersambung kepada switch WGP110, IP kembali normal seperti biasa.
Berikut adalah apa yang harus ditunjukkan yang sebenarnya, lihat pada kotak berwarna merah :
Berikut adalah apa yang harus ditunjukkan yang sebenarnya, lihat pada kotak berwarna merah :
Masalah selesai dan pulih seperti sedia kala...
Sebarang Pertanyaan boleh lah direct ke FB kami iaitu :
Pertanyaan hanya akan dijawab di Commenter FB Alfatih Solution sahaja.
Mohon like sekali Terima Kasih...
...................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment