MASALAH : PEMERIKSAAN SAMBUNGAN CABLING NETWORK, NETWORK
TIDAK BERFUNGSI
PENYELESAIAN :
Network tidak berfungsi atau dengan istilah lain tiada
blinking light disebabkan oleh banyak perkara. Perkara yang biasanya harus kita
lakukan adalah dengan melihat icon network pada penjuru belah kiri monitor
kita. Biasanya akan bertanda pangkah. Keadaan seperti ini biasanya adalah
disebabkan oleh network disable, cabling faulty ataupun disebabkan oleh port
switch mengalami masalah.
Berikut adalah gambar-gambar disekitar site :
Cara pertama yang kami lakukan adalah mengenal pasti samada
network disable disebabkan oleh setting atau network card faulty. Cara untuk
mengenalpasti adalah dengan menekan network icon dipenjuru kanan bawah monitor
anda dan select “Open Network and Sharing Center” – “Change Adapter Setting”
dan pastikan network card anda unplugged atau disable. Kalau disable just
enable kan kembali network adapter anda. Kalau unplugged sila lihat langkah
seterusnya.
Melihat network adapter unplugged atau tidak.
Untuk memastikan port network pada
pc ok, loopback cable adalah diperlukan. Mesti anda masih ingt dengan loopback
cable ini kan.. Tidak mengapa, kami akan menunjukkan kembali bagaimana
sambungan loopback cable ini.
Sambungan loopback
cable
Port Network tidak
berfungsi. Tiada Light Blinking.
Penggunaan Loopback
cable dan mendapati ada light blinking.
Ini menunjukkan
network card pada PC tiada masalah. Dan
berkemungkinan masalah pada patch cord cable, RJ-45 Jack, UTP Cable, sambungan
patch panel atau port switch.
Perhatikan pada patch
cord 30-105 pada switch port 9. Tiada blinking light.
Tester digunakan
untuk memastikan punca masalah.
Perhatikan sambungan
diatas. Ini adalah basic connection bagi sesebuah network dan sambungan kepada
Network Tester adalah di bahagian 3 dan 1. Sekiranya sambungan yang ditunjukkan didalam tester
menunjukkan semua sambungan bersambung dengan baik maka perlu diperhatikan
adalah pada no 1 iaitu switch kerana switch port mungkin mengalami masalah.
Kami alihkan patch
cord port no 9 tadi kepada port no 22 dan kami dapati light blinking seperti
biasa. Ini menunjukkan bahawa port 9 tadi beanr-benar mengalami masalah dan
port tersebut dibuat description sebagai port rosak didalam description port
fa0/9 switch.
TERIMA KASIH
________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment