Monday, 7 November 2016

Aktiviti Al Fatih Solution dengan Kerjasama Perak Technology, Perak ICT dan Pusat Internet 1 Malaysia berkaitan Kesedaran Keselamatan ICT dan Teknologi Rangkaian

Perak 5 Nov 2016 : Al Fatih Solution telah menganjurkan satu seminar berkaitan tentang “Pengenalan Asas Rangkaian dan Keselamatan ICT” dengan kerjasama antara Perak Technology, Perak ICT  dan juga Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) cawangan Klebang Utama  secara percuma kepada masyarakat seluruh negeri Perak.

Program ini berlangsung selama satu (1) hari pada 5 November 2016 yang lepas di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Cawangan Klebang Utama, Chemor perak yang mana program adalah pertama kali diadakan dengan kerjasama antara 3 komuniti iaitu Perak Technology, Perak ICT dan juga Pi1M cawangan Klebang Utama bersama Al Fatih Solution untuk masyarakat perak yang berminat dengan Teknologi ICT. Dengan pemberitahuan ringkas melalui aplikasi “Whatapp Group” “Perak Technology” dan “Perak ICT”, program tersebut berjaya mengumpulkan seramai 13 peserta keseluruhan yang berminat dengan seminar tersebut.

Program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan minat berkaitan teknologi ICT dan didalam seminar kali ini, kami menitik-beratkan hal-hal berkaitan kesedaraan tentang keselamatan ICT dan juga keselamatan diri dan keluarga dari ancaman-ancaman siber seperti Jenayah Siber dan juga tentang pemangsa-pemangsa talian yang berleluasa sejak akhir ini.


Selain itu juga para peserta juga didedahkan hal hal berkaitan teknologi rangkaian seperti WiFi, swithes dan juga tentang “security WiFi” yang baik untuk kegunaan tempat kediaman memandangkan kebanyakan tempat kediaman sekarang sudah mempunyai kemudahan “WiFi” sendiri.


Khairil Anwar Ahmad Kasim
Pengajar Program Kesedaran ICT dan Teknologi Rangkaian

Menurut daripada tenaga pengajar bagi seminar ini Khairil Anwar Ahmad Kasim, “Program seperti ini adalah perlu dilaksanakan memandangkan dunia hari ini 80 peratus dari masyarakat kita terlibat secara terus dengan dunia maya. Tanpa kesedaran seperti ini, mereka atau keluarga mereka mungkin boleh terdedah dengan ancaman siber yang mereka tidak sangka.” Kata beliau selepas dari program tersebut. Beliau juga menyambung yang sebenarnya ramai yang menyangkakan mereka sudah faham dengan ancaman siber dan boleh menangani dengan baik ancaman tersebut wal hal sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana ancaman boleh terjadi dengan hanya “updating wall post” pada media sosial seperti “Facebook” dan lain-lain.

Hasil daripada perkongsian ilmu ini para peserta rata-rata begitu teruja dan memberikan maklum balas yang baik dengan intipati yang diberikan dan mengharapkan program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa kerana selama ini mereka menyangkakan mereka sudah faham dengan baik tentang media sosial dan ternyata dengan program seperti ini banyak lagi ilmu yang mereka perolehi bagi memastikan keselamatan anak-anak dan keluarga mereka terjamin dari ancaman media sosial. 

Jika anda ingin melaksanakan aktiviti seperti ini ditempat tuan puan, boleh terus hubungi :
Khairil Anwar Ahmad Kasim : 013-981 9331 atau email di : alfatihsolution@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Gambar-gambar berkaitan sewaktu program tersebut berlangsung :








Penulisan
Khairil Anwar Ahmad Kasim
Founder Al Fatih Solution
Pakar Indutri Negara : Telekomunikasi
013 981 9331

No comments:

Post a Comment